Thursday, 27 September 2012

Bahan bacaan

Di mana2, bahan komersial berunsur fesyen terkini, kesihatan moden, kereta mewah, novel2 generasi Y dan sebagainya dijadikan bahan laris.

Bahan2 ini dijadikan ukuran sejauh mana penerbit mendapat habuan. Pengusaha media seperti tv, majalah, buku dan jualan langsung tidak ada pilihan tetapi mengikut arus ini.

Para pengguna yang mudah jemu, tidak sabar menanti keperluan semasa dan terikut-ikut dengan kehendak masyarakat terkini memberi tamparan hebat kepada pengusaha.

Misalan, seorang pengusaha iks semestinya mendapat pengelolaan dari penaja jika ingin berjaya. Mereka cuma berada dalam kedudukan transit sebelum mencapai satu tahap di mana mereka mampu berdikari.

Soal mencari pengelola bukan terletaknya dengan siapa kita kenal tetapi pihak mana yang mengenal kita.

Sebelum kita mencapai matlamat sebagai pengusaha yang disegani dari kedudukan transit ini, kita seharusnya terus berusaha.

Majukan diri, tambahkan pengetahuan dan tidak mudah putus asa harus dititikberatkan untuk menentukan kesinambungan usaha kita dalam perjalanan ke destinasi seterusnya.

Di harap, moga2 di persimpangan yang akan datang, kita dapat apa yang dihajati Insya-Allah

No comments:

Post a Comment